Thursday, 12 July 2012

Tak Rugi Kalau Bersedekah


''Aku suka bersedekah". Nampaknya aku kena didik dan latih diri untuk amalkan amalan yang mulia itu. Bukan aku nak menunjuk nunjuk mahupun berlagak. Lagipun bukannya orang tau kalau kita bersedekah kan? Lain la kalau kita sendiri yang duk jaja cerita. "Eh nak tau tak hari tu aku sedekah kat pakcik tu 5 hengget tau! Petang ni aku nak bagi kat makcik tepi jalan tu pulak seploh hengget. Baikkan aku?" Hamboi, buroknya perangai. Ingat kita jangan ingat keburukan yang orang lakukan pada kita mahupun mengungkit kebaikan yang kita berikan kat orang lain. Tapi at least dia ada jugak niat untuk bersedekah. Soal hati, soal ikhlas atau tak urusan dia dengan Allah.

Tapi serious sebenarnya memang tak rugi kalau bersedekah. Bak kata pepatah Arab ''Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima''. InsyaAllah rezeki kita takkan berkurangan kalau kita sedekahkan sedikit apa yang kita ada kat orang lain. Alahai bukannya luak pun. Bagi seringgit pun jadi la. Mana tau dengan duit sengget kita tu mampu hilangkan dahaga pakcik itu dan mak cik ini. Rasa bahagia tak kalau kita dapat tolong orang? Bahagia sesangat kan? Mungkin berlipat kali ganda Allah gantikan apa yang kita berikan. Tapi bagi aku bukan itu yang aku harapkan. Apa yang aku harap dapat tolong orang yang memerlukan jalani hidup tanpa perlu berlapar dahaga.

Nak dengar cerita tak? Ni aku nak kongsikan satu cerita tentang seorang hamba Allah ni. Pernah sekali si hamba Allah ni memang takde duit langsung dalam bank. Dia terpaksa tunggu family dia bank in kan duit. Kat tangan pulak memang sengget je ada. Memang hidup mati yang tu je ada. And then ada seorang makcik ni memerlukan duit untuk bayar tambang bas tapi takde duit kecik. Mak cik ni kelihatan agak tua dan uzur. Dia baru balik keje. Macam bau minyak sikit kat baju makcik ni tapi tak tau keje apa. Lepas tu hamba Allah ni cakap kat kawan diayang sengget je dia ada dan yang tu je dia boleh tolong. Kawan dia bagi sengget lagi. Lepas tu dia tolong bayar duit bas makcik tu berbekalkan kepingan terakhir duit seringgitnya dan tambahan dari duit kawannya. Bila balik rumah dia risau takut takde duit untuk bayar tambang bas esok. Cari punya cari jumpa la jugak duit seringgit terselit dalam begnya. Alhamdulillah boleh bayar duit tambang bas untuk keje esok. Duit sarapan, lunch and dinner esok memang kosong.  Katanya abang dia nak bank in kan duit pagi esoknya tapi abang dia lupa. Memang dia takde duit nak breakfast. Nak beli roti pun tak cukup kalau guna duit syiling. Nak pinjam duit kawan malu katanya. So, pagi tu memang tak breakfast la. Tapi alhamdulillah dengan kuasa Allah ada orang belanja dia makan dalam kul 11 pagi. Lepas tu ada makanan free pulak orang kat tempat keje dia bagi bersempena sesuatu majlis. Memang boleh makan untuk dinner dan lunch. Alhamdulillah sesangat. Rezeki Allah tak siapa tahu kan?. So, ikhtibar dalam cerita ini janganlah kita rasa rugi untuk bersedekah. Walau sikit tapi mungkin bermakna untuk si penerima.

Kadang kadang aku malu kalau kawan kawan aku nampak aku bagi sedekah kat orang lain. Kalau boleh aku tak nak orang lain nampak kebaikan aku. Dan kadang kadang aku takut niat aku akan berubah kalau orang nampak aku buat baik sikit. Tapi kalau kita nak elakkan semua ni nampaknya sampai mati pun kita takkan buat kebaikan kan? 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”
Riwayat Bukhari & Muslim

Klik read more untuk perkogsian bersama. Sedikit kisah pada zaman Rasulullah S.A.W 


Assalamualaikum wbt kepada semua Sahabat Fitrah. Semoga berada di bawah naungan Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saW., sabdanya: ”
Ada seorang lelaki berkata, “Aku hendak bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, “Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’
Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”[HR Muslim]
Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang menerima sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian mata manusia sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita membaca mafhum hadis ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka jangan kita berfikir panjang kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita keluarkan untuk bersedekah.
Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa jua perkataan yang keluar walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang lebih penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.
Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka yang menerima. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya mereka memberi tetapi dalam keadaan si penerima tidak redha dan merasa benci dengan pemberian dan sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka adakah ianya mendapat rahmat di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.

2 comments: