Sunday, 15 July 2012

Ma vs Abah

MA biasanya tempat aku meluahkan masalah. Kalau ade pape masalah terutama bab hati dan perasaan, ma ler tempat aku membuang mencampakkan semua masalah. Really loves her.  mom,do u love me too? of course la sayang. Ibu mana tak sayangkan anaknya kan? Dari kecik sampai besar jaga aku tanpa rasa letih. Setiap anak lain2 perangainya tapi ma tetap bersabar walaupun kadang2 aku tahu dalam diam dia sering menitiskan air mata kerana anak anaknya. Ya Allah jauhkanlah aku dari menjadi anak yang derhaka. InsyaAllah.
ABAH pulak biasanya tempat aku bersembang dan bergelak ketawa. Syok berbual ngan abah ni macam berbual ngan kawan kawan pulak. Tapi kalau dia marah memang kecut jantung aku. Tak kisah la  bersembang pasal apa abah layan je. Kitorg saling kutuk sesama sendiri. Nak makan mesti cari abah. Kalau pasal masalah abah biasa cool dulu tapi kalau da teruk baru dia bersuara. Tapi dalam diam sebenarnya abah ni jenis yang lembut hati dan mudah tersentuh kalau bab2 hati dan perasaan ni cuma dia tak tunjuk.

Tak sabar nak keje n balas jasa ma dan abah. Kalau boleh tak nak dah bagi abah keje. Lagipun ma ngan abah bukannya muda lagi. Tapi apakan dayaku. Ya Allah panjangkanlah umur aku dan kedua ibu bapaku. Moga aku sempat balas jasa mereka sebelum aku mahupun mereka  menutup mata.

No comments:

Post a Comment