Monday, 2 July 2012

Mulakan Satu Langkah untuk Berubah

Dalam kul 3 lebih pagi tadi aku terjaga dari tidur y lena. Dah lama tak tidur awal tapi alih alih terjaga pulak. Tu pun sebab nak terkencing. Lepas selesaikan hajat aku terus tidur. Tak terpikir langsung nak semayang tahajud. Aduhai iman, bangkitlah! Lepas tu tiba tiba terjaga pulak ingatkan dah pukul 6 tapi bila tengok jam rupa rupanya pukul 5.20 pagi. Terpikir nak bangun semayang tahajud ke tak nak nak ke tak nak.  Lastly mesti korang tau apa keputusannya kan? Mestilah tak bangun. Alasannya semayang esok la. Mungkin esok terbangun pagi jugak kot. Alahai iman sungguh lemahnya kamu bila diuji dengan pagi yang sejuk, tilam yang empuk dan mata y pura pura mengantuk. Kalau tak mulakan satu langkah untuk berubah sampai bila bila pun kita takkan berubah. Doakan aku kawan agar dapat berubah ke jalan y diredai Allah.

Balik keje penat giler. Baju tak basuh lagi. Aduhai. Makan kemain lagi siap tambah sepinggan nasi lagi n then tolong kawan habiskan semangkuk tom yam. Fuhh, nak pecah perut. Alahai kalau makan kompem tak ingat dunia. Berpada padalah.Cuba bayangkan kanak kanak kat afghanistan, Palestin, Indon. Nak makan pun susah. Aku pulak gelojoh sakan. Makan ikut nafsu. Fuhh, bila nak berubah ni. Tanya saja tak rock r bhai. Slow2 amalkannya. Kalau tak mulakan satu langkah untuk berubah sampai bila bila pun kita takkan berubah. Doakan aku kawan agar dapat berubah ke jalan y diredai Allah.

  • Malam ni nak tidur awal.
  • Moga diberi keringanan dan kerajinan untuk tunaikan solat tahajud. (Mudah mudahan)
  • Tak sabar nak makan spageti k Fida esok. 
  • By kawan.
  • Moga Allah merahmati kamu semua...

Kelebihan solat tahajud

Sembahyang malam terutamanya Tahajjud berupaya merawati gejala kelupaan dan kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan serta hafalan yang kuat dan mantap.Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa orang yang bersembahyangmalam dimuliakan dengan sembilan perkara. Antaranya :
  1. lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya, 
  2. dipelihara dari segala bala dan bencana,
  3. disukai oleh hamba yang soleh dan manusia,
  4. LIDAHNYA BERTUTUR DENGAN KATA-KATA HIKMAH dan 
  5. IA DIJADIKAN SEORANG YANG BIJAKSANA iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam.
  6. Juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.

Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan intuisi, gerak hati, ilham, idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara. Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa.

Terpancar cahaya kebijaksanaandari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment