Sunday 5 August 2012

Good Day / Bad Day ???



Khamis,2/8/12

Hari ni aku ada appointment ngan doc O&G. Sepatutnya doktor yang merawat aku ialah Dr Lekha dan aku ingatkan dia perempuan tapi bila masuk bilik doktor tu rupa rupanya doktor lelaki. Dan aku tak sure namanya sape. DR Lekha or not tapi aku rasa dia bukan doktor Lekha. Maybe doktor tu cuti kot. Ok, forget about her. Kita kembali pada cerita doktor lelaki itu. Mula mula aku segan nak cerita pasal masalah aku. Tapi aku pikir buat apa nak malu lagipun doktor ni dah biasa berdepan dengan masalah perempuan. kalau tak takkan dia tercampak kat sini. Mula mula aku ingat doktor ni skema tau. Biasala 1st expression kan mesti anggap semua doktor skema. Tapi dia sangat lain. Peramah dan sempoi sangat. Dia buat kita rasa selesa bila nak jawab soalan. Masih teringat lagi ayat dia. 

"Awak dah kawen ke belom?" 
"Ok cik la kiranya ye?"
"Ada sakit apa?"
"Oh yang tu benda biasa je"
"Kerja apa?"
"oh, kat spital ni jugak ke? "
"Praktikal bape lama?"
"Lepas praktikal buat apa?"
"Oh keje. Selamat bekerja ye lepas ni"
"Nak buat appointment lagi tak lepas ni"
"Ok kira discharge ye"

Wah ingat lagi sebijik sebijik ayat doktor tu. Macam da berkenen nampaknya. Gatal!. Doktor tu pun boleh tahan. Tapi tak tau da kawen ke belom. Amboi mengada la pulak aku. Kemain lagi syok kat doktor. Tak sedar diri. Hehehe. Tapi lepas keluar bilik dia memang tersenyum lebar je aku. Harap harap dapat jumpa balik dia and hope he can still recognise me..Huhuuu

Betul la kata orang kan kuharap panas berpanjangan rupa rupanya hujan di tengah hari . Department prak aku sekarang kat bilik CDR. Bilik untuk prpare ubat orang cancer. Aku ada buat silap BESAR sesangat masa prparation tu. Aku trsalah buat masuk senarai ubat utk hari lain. Ntah kt mane fikiranku melayan masa tu aku pun x pasti. Tapi y aku pasti aku kena marah teruk teruk teruk sangat ngan pegawai masa tu. Ye la ubat cancer bukan sebarangan ubat. Xpired dia sekejap je n then kita xleh lupus ubat tu sewenng wenangnya. Kalau salah lupus x pasal pasal kita y akn kena cancer. Memang rumit sikit ubat cancer ni. Tapi hari tu memang malang sangat. Aku nk nangis masa kena marah ngan pegawai tu tapi aku tahan je. Laz2 aku pegi rewang kt area spital nk hilangkan rasa sedih ni.. Nak citer panjang pun xde mood pasal hal ni. Lantak la...